JellyPages.com

Sunday, February 17, 2013

Hostelku Hostelmu Juga

Assalamualaikum awak awak sekalian ^^
salam ukhwah ..

bestnya ada asrama mcm nie =.=

Kejap jee lagi aya nak balik asrama, hoho sempat berblogging lagi kan. Rajin pulak rasa nak balik asrama nie, tahun nie dah masuk tahun ke TUJUH saya duduk asrama. huh boring boring, ehh tak tak .. suka sangat duduk asrama, dari situ setiap pengalaman bermula. (': Rindu nak balik hostel BTS, banyak sangat kenangan kat sana tue. Hari tue pegi bts tapi tak berkesempatan nak pergi sekolah terchenta huhu. Bila lah dapat singgah sana lagi. Tawakal's girl, rindu sangat sangat nie !! Ya Allah rindunyaa...

oklah prepair nak balik hostel nie, take care yer kawan. Doakan saya selamat sampai :D
Salam rindu dari Seremban.. 

Wassalam (:


Saturday, February 16, 2013

National Library


Assalamualaikum wbt (:

Di dalam kesibukan menyiapkan kerja projek, hati nie rasa nak meluangkan masa dengan berblogging (; saya tak kira, nak jugak ! haha terserlah ketidak matangan di situ, okay. Beberapa hari yang lepas dengan keadaan saya yang kurang sihat, saya berusaha sedaya upaya untuk lawan sakit tue sebab saya akan jadi 'pemandu pelancong' untuk membawa kawan kawan dari Negeri Sembilan pergi Perpustakaan Negara. Kalau saya tak pergi, semua tak dapat pergi huhu. Demi Allah & Demi PBS ! Saya berjuang untuk kembali sihat ^^ orait kawan, lets go!

Saya tiba di stesen Bandar Tasik Selatan, seawal jam 8.30 pagi. Awalkan? Seperti dalam perancangan, mereka akan sampai dalam pukul 9 lebih. Jam menunjukkan pukul 9.20 am, tibalah seorang sahaja kawan saya dari Nilai. haihh yang lain mana? Ok , kami pun terus menunggu dan menunggu sambil makan dunkin donuts.. Nyum nyum.. 


Fatin Ashra (:

Akhirnya tiba juga puteri puteri dari kayangan nie, haha kalau dah jumpa nie apa lagi? Memandangkan kami semua nie 'gila kamera' ,, sekejap sekejap ambil gambar , makan lah dengan kamera tue sekali :D  Opss, terlupa ada lagi seorang yang paling awal sangat sampai, memang rumah dia dekat Gemas gak ahh.. Gadis Selayang nie, mengalahkan orang PD :P

Stesen Bandar Tasik Selatan (:
LRT ^^
Perpustakaan Negara (:





Merenung langit Ilahi (:
Talk to my hand (:
KLCC (:



Kak Salwa (:
Amirah (:
Amirah & kak Salwa antara yang paling awal balik, sebab mereka ada hal urgent dan perlu balik segera. Memandangkan hari dah semakin senja. Kemudian, sedikit demi sedikit antara kami meninggalkan Perpustakaan Negara. Tinggal lah beberapa kerat sahaja yang setia menanti sahabat yang lain (': 

Kami yang terakhir keluar dari library tue (:

tengok, gate pun dah tutup. cano nak balik nie?

Menunggu  LRT (:
Kembar (:
1933 kami masih di sini ..

Nie memang cari kerja haihh :D
tak sayang nyawa ke kak huhu

Fadhilatul Izzah & Izza Fadhila ^^

Lambaian terakhir (':

"Experience is not what happens to a person, but the experience is what one do with what happened to him."

Friday, February 15, 2013

Jomlah Jadi BAIK



Satu hari, brtemu dgn sorang hamba Allah ni, kenalan satu sekolah..
Macam2 pkara yang dibincangkan..
Saya btanya "Apa prancangan dah besar ni, umur dah 20++... tengok kau happy je dgn awek kau.. lagi bagus kalau kau jadikan dia pasangan HALAL.. SWEET+PAHALA lagi bro"

Dijawabnya "aku tgh mncari la ni"

Saya kompius #__# "erk, yg ada skrg ni apa pulak..?? jangan mainkan hati prempuan.. tak baik.. Allah ada nk balas smua yg kita buat.."
Apa yg buat saya TERKESIMA dgn jawapan mamat nih..

"Aku waras lagi kot, kau ingat aku nak ke cari bakal isteri yang dah di bawak ke sana sini.. berkepit macam laki bini.. bila dah kawen, jadi buah mulut orang.. kang org tegur "Weh bini kau ke ni? Dia ni awek hot kot.. bekas awek Si Polan Bin Polan"..
Giler?? takmolah aku... even org tgok aku ni sosial.. bawak awek sana sini.. tapi aku nak perempuan yg jadi bini aku ni orang tu boleh bawak nama baik untuk family.. boleh bimbing anak2 aku.. Itu bagus.."

Gedebuk !
Bahang je dengar... (senang je kau ckp)
Sambil senyum ,saya terbayang muka rakan2 perempuan saya yang sedang HANGAT bercinta.. Yang kalah laki bini..
KESIAN ... kamu dipermainkan.. t_t
JUJUR bila ditanya kat mana LELAKI pun.. Ciri wanita yang BAIK lah yg dicari sbg ISTERI.. walaupun ktika itu yang 'dikepitnya' adalah AWEK TIDAK BERTUDUNG, TIDAK MENUTUP AURAT, TIDAK MENJAGA MARUAH dan RELA DIUSUNG ke sana sini..

Seolahnya, mamat ni nak sampaikan MESEJ kepada aweknya, bahawa engkau bukanlah calon isteri yang aku idam2kan..sampai masanya, aku tetap cari yang MOLEK AGAMANYA..tapi apakan daya, ramai awek yang masih TIDAK FAHAM-FAHAM..
♥♥
:: MARTABATMU mulia wahai wanita, jangan diletak di tempat yang HINA ::

#Saya mohon kpd kengkawan,sedara mara dan smua yang dikenali.. awak dan awak.... 
"JOMLAH JADI BAIK"
Waallahu'alam (:




Tuesday, February 12, 2013

Jejaka 401


Suatu malam, si abah terlihat anak gadisnya yang bongsu update status di facebook. 
Statusnya bertaip:
"Nape la hati ni tak tenang..somebody pls..I need someone..:(  
"Maka ramailah jejaka-jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka hensem, ada jejaka poyo, ada jejaka alim-alim kucing. Semua nak berikan jawapan.
'Ah, semua hanya nak mengurat!' getus hati si gadis. 
Sampailah giliran jejaka yang ke 401. Jejaka 401 komen:

"Mana hati nak tenang ;
~ kalau solat pun kurang?
~ tahajjud pun sekali dalam 12 bulan?
~ nangis sujud taubat pada Tuhan pun jarang-jarang?
~ bila sedih kau cari kawan then kau pergi have fun !?
~ bila ada masalah muzik dan lagu yang ko layan. Al-Quran mana nak layan?
~ bila bibir rajin mengumpat, zikrulllah tak pula jadi sebutan?
~ bila study, hormat pada guru dan pensyarah pun kurang?
~ bila tak tenang, mengadu di laman sosial jadi pilihan, tikar sejadah mana nak pandang?
~ bila tak tenang, cari teman buat pasangan tapi tak cari Tuhan buat penunjuk kebenaran?

Tapi yang hairannya bila tengok cerita "Setia Hujung Nyawa", tenang sungguh perasaan ya sampai nitis air mata. Tengok watak Zain Hakimi terus tenang plak..lulzzz...
Wahai pemilik fb ni, sudah-sudahlah tu membongak~~"

Apabila si gadis terbaca komen jejaka 401, terus dia berang sambil menyumpah seranah sambil gerakkan cursor laju-laju cari button block.
Then, gadis tu update status baru:
"I dah block mamat poyo mana ntah berlagak macam tahu semua tentang aku. Hey, u just know my name, not my story!"

Si abah tersenyum di bawah meja sambil main laptop. Dalam hatinya berkata,
"Fuh, nasib baik aku dah buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pon..kah kah kah.. kali ni nak guna gambar mamat ensem lak pi tenangkan dia konon²nya kat Message..hik hik.."

Saturday, February 9, 2013

BUSY + SIBUK

Assalamualaikum wbt (:

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini. Moga kita terus istiqamah kepadaNya. Setelah sebulan belajar untuk semester 2 nie, Masha Allah hati ku hampir putus asa. Rasa macam tak kuat, tak boleh nak teruskan. Sejujurnya memang tersangatlah sibuk mengalahkan PM *yeke* okay mengalahkan menteri besar. Semalam baru saya dapat tahu, rupanya ada sahabat yang meninggalkan alam persekolahan sebab tak mampu untuk teruskan perjuangan di sini. Kalau ikutkan hati memang nak ikut mereka tetapi Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Jadi dengan sokongan dan dorongan mak ayah, kawan kawan, cikgu dan orang orang yang tersayang. Maka saya meneruskan perjuangan saya di petra. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar. Ilmu Allah itu luas, mana mana pun boleh belajar. Kawan, mungkin tempat awak bukan di sini. Semoga awak terus kuat untuk hadapi cabaran di masa hadapan (: Doakan saya jugak..

Awal februari nie, saya and the geng exco petra (putera & puteri) bergabung tenaga bagi menjayakan program orientasi untuk adik adik tingkatan 1 & 4. Termasuklah adik den pun kena orientasi sekali haha *gelak jahat*  Masa handle program nie teringat zaman kat bts dulu, menghandle orientasi aspuri. hehe serius, rindu sangat! (': Slot yang saya kena kendalikan sama mcm kat bts jugak hihi MUHASABAH DIRI. Saya bergabung otak dan tenaga bersama exco ibadah, kak Long *mcm bts jugak* Teringat kat RASYIDAH LIYANA (ketua badar saya) ^^. Untuk slot nie sahaja mengambil masa seminggu dua nak fikir. Dan terpaksa menghilangkan diri semasa slot orang lain demi menyiapkan slot kami. hehe sampai adik adik nie pun perasan kami tade. haish nampak tak kat situ, stalk akak ea (; Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, terasa sedih pulak bila program dah habis *touched* hee penat tue memang tak dapat dinafikan, sampai tak cukup tidur dibuatnya. tetapi aya dapat belajar benda baru & pengalaman baru !

Semalam berakhirlah slot kedua untuk bengkel membina blog. Alhamdulillah, terima kasih kepada awak dan awak yang sudi membantu saya untuk cari pemudahcara bengkel. Syukran. Maaflah yer menyusahkan (; Terima kasih juga kepada kawan kawan yang berusaha  bagi menjayakan bengkel ini. hee thanks to abang mut and abang fatturahman yang memberi ilmu baru kepada kami. Habislah sekarang nie satu kelas dah ada blog, berblogging lah pulak lepas nie nampaknya :D Makin rajinlah saya nak stalk korang #opss haha 

sekarang saya baru nak cuti, kawan kawan matrik dah nak balik dah huhu tak seronok macam nie. tapelah ada masa kita hang yer kawan (':  Masa cuti nie stpm candidate kena balun habis habisan lah, siapkan kerja projek!! SEMAGAT :D


Wassalam (: