JellyPages.com

Wednesday, May 23, 2012

the first time

Assalamualaikum w.b.t (:   

->21 Mei 2012 <- 
Tarikh nie menjadi tarikh terakhir pertemuan bersama teman teman sebelum semua melangkah utk meneruskan perjuangan masing masing yang masih panjang. Dan tarikh nie juga merupakan terakhir kalinya aya menjejakkan kaki ke SMK BTS dan Aspuri yang amat dirindui (': Kali terakhir untuk berjumpa dengan awak, Athirah Asmaa. Aya sengaja curi masa dia untuk sembang selama mungkin, walaupun petang tue dia ade exam. Tapelah kan, dia kan pandai. hee, kite tahu awak mesti rindu punya dekat akak yang comeyl nie ^^ thank you sudi luangkan masa dengan kita...

Tepat jam 10 pagi, aya menghayun kaki keluar dari pagar sekolah yang dicintai. 5 tahun menuntut ilmu di sekolah nie, terlalu banyak pengalaman mematangkan diri nie. cehh! yelah tue dah form 5 pun tak matang lagi, makan coklat kat tobur :P kantoi dgn adek tau, wat malu jee. hewhew ada orang stalker saya tau >.<  langkah diteruskan menuju ke rumah Atikah, macam dah set jee kaki nie nak ke sana. hihi tak sah kalau tak singgah rumah dia (: Langkah diteruskan lagi pergi ke stesen LRT jumpa lagi 3 orang sahabat Fatin, Hazrina & Diyana.


Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kaki nie ke Berjaya Time Square buat kali pertama :'D wahh, muka excited ! Bersalaman dengan beberapa orang lagi sahabat lain, Nadhrah, Miza, Ameera & bila Zulaikha nmpak aya terus dia peluk saye. aww XD hehew rupanya dia bawa something untuk aya. Hadiah birthday, walaupun bday saya beberapa bulan lepas. wah awak buad kite terharu lahh (': kayy tak sangka langsung, syukran dear. Semua nampak cantik sangat bakal bakal students matrik, usim, uia, uitm, & kuis. hehe kitorang pun sembang sembang lahh sementara tunggu tuan puteri dari shah alam sampai. Akhirnya tuan puteri Nurin pun sampai, sangat sempoi yer puteri kita nie. Pakai jeans jee, mana gaun putih hilang ntah. hehehe jangan marah ye kawan :D Sayang awak <3

Disebabkan aya kali pertama sampai di TS, so saya hanya jadi pak turut. Ikut saja ke mana mereka nak pergi, hehew konon nak cari food court memandangkan perut masing masing dah menari nari tapi ntah ke mana ler jalannya. Akhirnya kami jumpa McD dan depan McD tue ada Cosmo World :D whoaa bestnya, teringin nak naik, huhu.sebelah McD pulak ade tempat memanah. aww XD nak jugak! sebelah tempat memanah tue, ada bowling. Nak nak ! haish semua benda nak =.=  haha tape tape, kitorang pun pergi isi perut dulu. lepas makan, solat fardhu zohor. Lepas tue, ape lagi.. JOM !










haha :D seronok sangat main tauu, dah laa first time. Serius cakap TAK PUAS lagii laa, hewhew manusia tak pernah puas kan? Time makan kat food court, tiba lagi seorang puteri kita yang comeyl. Katanya, nak balik lahh kalau tak jumpa kitorang. Merajuk lah tuee puteri Amy hehew. Okay, dah tak mau majok ea. (: Aya nak perkenalkan seseorang nie, nampak tak ada uncle baju merah tue. Haa dia tue cikgu memanah kami. Haha kecik jee tau orangnyaa. kay dah tue jee. hehe lepas memanah, kitorang pergi main bowling pulak. haha nie pun first time gak main :P nak gelak gelak lahh, saya team masuk longkang tauu. heheww seronok sangat! Sampai tak sempat nak ambil gambar (; tape camera kawan kawan ade, handphone cecanggihkan sumee. hewhew XD

Sedang seronok bermain, tengok phone dapat miscall dr puteri kedua cik sofi. then saya call dia, puteri Syuhada dah sampai & minta tolong jemput dia. takut sesat yaa cik puteri. Lama jugak lahh tunggu dia, rupa nya pergi tukar baju. Itulah suprise dia nak bgtahu, hari pertama jadi pelajar sekolah perempuan titiwangsa. hehew sanggop tau dari sekolah semata mata nak jumpa kitorang (':  haish, suka buad kite mcm nie tau. Keluar dari tempat bowling, jumpa lagi seorang puteri Shuhaila dari maahad. Nie lagi sorang puteri Aisyah dari Sg.Besi merupakan sahabat aya yang terakhir sampai. Ya Allah, terima kasih kerana Kau beri aku sahabat seperti mereka. Aku bersyukur sangat sangat (': 








Seusai solat asar, kitorang habis kan masa dengan jalan jalan kat TS. aya dengan hazi pulak ada aim kami, hehe nak beli something. lalalala seronok dapat cari bnda yang sama dengan muaQah syifa tue >.< akhirnya, jumpa juga yang berkenan dengan hati nie. hehew hari pun dah lewat petang parents puteri puteri nie pun dah risau. okay laa, masa untuk berpisah. Sedih sangat time nie, aya nak nangis tau tapi tengok kawan kawan semua happy. Menangis dalam hati, itu jee yang termampu (':  hee kawan kawan, terima kasih sangat sangat kerana luangkan masa bersama, sanggup berlelah balik dari sekolah semata mata untuk jumpa semua even kejap jee kan. Aya sayang korang sangat sangat <3 betol, tak tipu punyaa. Doakan aya kuad tau jalani kehidupan niee tnpa korang (': Terima kasih untuk semua nyaa, byebye selamat belajar sahabat. Doakan aya berjaya dunia & akhirat, utk awak juga. Sekian, wassalam ^^


Tuesday, May 15, 2012

EURO 2012


Assalamualaikum w.b.t :D


saya tgh semangat bola nie !!
heheww 
Countdown to UEFA EURO 2012
24 days to go
aww XD






opss >.<
kayy jangan pandang lama lama
boyfriend kite tuee
hehehe

saya sokong portugal
anda bagaimana ?
*ada gaya mcm dlm iklan tak
hahaha :D

MALAYSIA BOLEH !!
kayy sekian
wassalam ^^

Doktor Aleya

     Assalamualaikum w.b.t (:  Rindunyaa, hanya Allah yang tahu betapa hati ini rindu pada kawan kawan (':
heheww kayy aya nak story nie. Dulu kan time kecik kecik selalu berangan nak jadi doktor. Main doktor doktor lahh HAHA serius kelakar jee bila ingat balik, kejap jadi doktor kejap jadi pesakit (; Memang tekad ahh nanti bila besar nak jadi doktor. Tetapi dengan takdir Allah, satu peristiwa telah berlaku yang membuatkan aya fobia nak jadi doktor. Terus terkubur cita cita utk merawat orang. Peristiwa 7 tahun lepas masih segar dalam ingatan. Lalu aya simpan cita cita baru, nak kahwin dengan doktor. ehh ? aya bukan nak story pasal nie. *mengelamun jap :P

     Actually, Dr.Aya nak cerita pasal tips yang ada dalam KLINIK JIWA. Sebagai doktor saya perlu memikul tanggugjawab nie. *aya dah start merepek. Dalam episod yang lepas kan Dr.Aya dah bagi tahu simptom penyakit jiwa, punca jiwa kosong serta ubat jiwa dan cara penggunaanya. Ingat lagi tak? -.- Haish tape lahh, nanty awak baca balik yer. Hari nie saya nak kongsikan bagaimana cara bagi mengekalkan kesihatan jiwa. Tak nak tahu sudah, ade saya peduli? Tak kira ! Kena ambil tahu jugak >.<


CARA MENGEKALKAN 
KESIHATAN JIWA

1. Usah tergesa:
Sesuatu tindakan perlu difikirkan
sebab dan akibat. Jangan tergesa dalam
bertindak. Dahulukan kehendak agama.

2. Jauhi hasad:
Perasaan hasad meruntuhkan bangunan
amal yang sudah dibina. Ia sebenarnya
memakan diri sendiri, bukannya orang yang
dihasadkan. Jiwanya sentiasa tidak tenang kerana
memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain.

3. Tawaduk:
Orang sombong terlupa ada yang
lebih tinggi dan hebat berbanding 
mereka. Hakikatnya sombong memperkecil
dan merendahkan diri sendiri pada pandangan 
Allah dan manusia lain.

4. Berhenti berangan-angan yang
panjang:
Berangan-angan umur masih panjang
dan masa masih banyak untuk membuat
bekal amalan? Hentika berangan-angan yang
tak sudah. Menunda-nunda perbuatan yang
baik atau tidak gerun pada azab melakukan
dosa kerana merasakan masa masih panjang
merugikan diri sendiri. Jom segera beramal !

5. Isi sebelum kosong:
Sememangnya mengekalkan
kesihatan jiwa tidak semudah merawat jiwa.
Untuk mengelakkan jiwa kembali sakit, isilah
jiwa dengan keperluan fitrahnya. Teruskan
berdoa dan teruskan juga membaca al-Quran dan
turut bersama dalam majlis ilmu. Semoga jiwa
kita cenderung terisi dengan kebaikan, lantas 
dijauhkan daripada jiwa yang kosong, sakit dan
melarat. Allahumma amin (:


Friday, May 11, 2012

Wednesday, May 2, 2012

buku ohh buku (:

Assalamualaikum w.b.t (:

2 Mei 2012
yeahh, tarikh nie amat bermakna
dan mcm mcm kejadian dn pengalaman 
yang aya dapat sepanjang hari nie.

seperti biasa, aya akan ikut mak ke sekolah
SMK BANDAR TASIK SELATAN
seawal jam 6.45 pagi >.<

mcm biasa, sepanjang perhimpunan
aya akan dduk dalam kereta 
dengar lagu MAHER ZAIN :D

lepas perhimpunan, aya jumpa dengan kaunselor
ada hal sikit, tak pyah tau laa
tak penting punn :P

lepas beli makanan utk breakfast
singgah uma Atikah japp
hehe, dapat jumpa mak dgn adik dia (:
mak atikah buat kan sarapan 
aww , thank you makcik !
*muke tak malu kan sayee >.<

atikah siap dn kami pun jalan pergi stesen LRT
tunggu lagi beberapa kawan yg dirindui ^^
Hazrina & Aiyu
semasa menunggu Siti Shuhaila yg molek tue sampai

tiba tiba ...
hazrina nmpk si dia bersama buah hatii tercinta
huhu, waahh~ kenapa perlu jumpa balik ??
setelah 2 tahun berlalu )':
sedihh nyaa !
okay, lupe kan dia aleyaa !!
LUPE KANN !!!

kayy, perjalanan diteruskan setelah
ketibaan sang puteri yang di nantikan :D

setibanyaa, di PWTC
jumpa dgn Syuhada & my muaQah 
Zulaikha ^^
setelahh selesai agenda masing masing
kaki pun melangkah masuk ke 
PESTA BUKU ANTARABANGSA
yang julung kali diadakan (:

memeyy ahh
seronok betol tgk buku buku
yang menarik perhatian saya ^^
okayy, ketibaan seterusnyaa
bekas ketua kelas kitee !
Nadhrah Kamal (:

kami pun meneruskan penterokaan
mencari novel >.<

yang nie best.
eh yang tue pun best gak.
weyy, best gila novel nie.

wahhh~ semua BEST BEST lahh !!
rambang mato den :P
heheww,

sedang kami mendengar taklimat dr seorang akk nie
tibe tibe riak salah seorang sahabat saya berubahh !
drpd air muka dia pun, cehh 
haha, aya dpt agak something aww
okayy, saya faham (:
kan atikah kann ??
heheww, sabo yer kawann
saya pun rasa ape awk rase ^^

okayy, posingg japp dgn 
novel pilihan hati masing masing
heheww (;





okayy, nie dkt food court the mall
makan makan
semua kelaparan masa niee :P






jam menunujuk kan pukul 5 lebihh
ibu masing masing sibuk menelefon ank mereka
heheww, risau anak dara balik lambat sangat.

berpisah dengan syuhada, nadhrah & zulaikha
kat the mall, di sebabkan haluan balik tak sama

tinggal lahh kami berlima
waktu tue, di kota raya Kuala Lumpur
hujan lebat sangat
air sungai melimpah sampai masuk dalam rumah


disebabkan itu, 
train ke Sri Petaling ditunda !
MasyaAllah,
kami terpaksa menunggu sehingga jam 7
dan membuat keputusan utk tunggu 
di stesen Chan Sow Lin

Alhamdulillah,
laluan ke Sri Petaling dah di bukaa
tetapii ..
train yang menuju ke arah tue
SEMUA NYA PENUH !!
4 train pertama sangat padat
mcm naik KTM !

akhirnya, kami membuat keputusan 
untuk patah balik ke PWTC
kerana jam menunjukkan 
pukul 7.20 malam
huhu ):




Alhamdulillah, 
perjalanan kami di permudahkan
akhirnya, dapat naik train
tepat jam 8 tiba di stesen BTS (':

terima kasih kawan kawan
sudi meluangkan masa bersama aleya (':
saya sangat gembira
biarpun penad, 
aya tetap GAGAH kan diri
nak update blog utk hari niee ^^



#kayy nie novel yang saya beli !
eh, ade buntut fifi lak kat tepi tue :P
maaf >.<


sekian, wassalam (: