JellyPages.com

Sunday, December 8, 2013

Lari Daripada Masalah

Ku sangkakan panas sampai ke petang, tetapi mendung di tengah hari. Siapa sangka, selama ini yang kita sangkakan hidup ini indahnya seindah mentari dan tidak pernah merasai ribut dan taufannya dalam kehidupan. Apabila bencana yang tidak diingini datang melanda, kita lari membawa diri meninggalkan segala kesan bencana. Tanpa memikirkan apa yang harus kita lakukan bagi memulihkannya semula. 

Ia sama seperti kita "lari daripada masalah"...

Itulah yang sedang aku alami sekarang. Aku tidak tahu apakah punca ianya berlaku? Mengapa ia berlaku? Sedangkan aku sendiri yang mengalaminya. Pejamkan mata dan pekakan telinga, itulah yang aku lakukan. Aku tidak mahu mengambil jalan bagaimana nak selesaikannya. Aku biarkan begitu saja untuk kepentingan diri aku sendiri tanpa memikirkan perasaan orang disekelilingku. Ya Allah, kejamnya aku. 


Aku lari daripada masalah aku sendiri, bukan orang lain.Lalu, aku mengambil keputusan untuk aku bersendirian. Dan membiarkan orang lain terkuntang-kanting menyelesaikan masalah tersebut.

Sikap ini tidak patut dicontohi yer adik-adikku sekalian. Jangan biarkan suatu hari nanti, kau kehilangan semua yang kau miliki, baru nak menyesal seribu makna sekalipun sudah tidak berguna.

Sebelum semua itu terjadi, aku menurunkan sedikit demi sedikit perasaan ego dalam diri lalu aku membuangnya agar aku tidak menyesal di kemudian hari kelak dek kerana sikap angkuh dalam diri. Kemudian, bawa masalah tersebut di dalam perbincangan. Itu jalan yang terbaik.

Moral of the story : 
Ketawa bersama, menangis bersama. Hadapi segala rintangan bersama, Insha Allah kita akan bahagia :)

#Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. :)

Isi Hatiku



Aku di sini masih meniti hari-hari hidup yang sedang aku jalani. Perjalanan hidup ini sangat panjang, banyak perkara yang aku yang tak tahu dan aku perlu tahu untuk meneruskan perjuangan kehidupan di dunia bagi mengejar kehidupan di akhirat.

Kehidupan di dunia sangat indah jika dihiasi dengan perjalanan hidup yang cukup cantik. Bermula dari aku kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah aku menjadi diri aku yang sekarang. Pelbagai cabaran dan dugaan yang sudah aku alami dan tanpa aku sedari sedikit sebanyak telah memberikan seribu makna dan pengajaran pada diri aku supaya aku lebih mengerti apa itu maksud kehidupan yang sebenar.

Mak. Ayah. Keluarga. Di sinilah bermula kehidupan aku sebagai seorang manusia. Tanpa mereka siapalah aku. Sembilan bulan aku berada di dalam kandungan mak. Sembilan belas tahun ayah tidak pernah jemu mendidik dan mengajar aku supaya menjadi anak yang solehah yang taat pada perintah Allah, mak dan ayah. Adik-adik yang aku dikasihi penghibur hidup aku walaupun kadang-kadang memerlukan kesabaran yang tinggi melayan telatah mereka tapi itulah yang aku rindu.

Sahabat. Kawan. Teman. Pengalaman bersama mereka memang sukar untuk aku lupakan samada yang manis mahupun pengalaman yang pahit tapi itu semua menjadi kenangan yang manis bagi aku kerana tanpa disedari merekalah banyak mengajar aku apa itu erti sebuah persahabatan. Setiap pertemuan dan perpisahan itu sangat indah jika semuanya kerana Allah. Ukhwah fillah abadan abada.

Guru. Cikgu. Pendidik. Menuntut ilmu sangatlah dituntut oleh Islam. Oleh itu, aku masih menuntut ilmu pada guru-guru secara formal mahupun tidak. Cikgu-cikgu di sekolah yang bakal aku rindui dengan ilmu, bebelan, leteran serta teguran mereka sebagai tanda kasih dan sayangnya mereka pada kita. Tanpa guru, cikgu, pendidik ini siapalah aku yang sekarang. Terima kasih cikgu.


Walaubagaimanapun aku mesti tetap akan meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup aku dengan melalui liku-liku dalam kehidupan. Semoga aku terus kuat dan tabah menjalani kehidupan yang sebenar dan lebih mencabar. Insha Allah. Doakan aku.

Saturday, June 8, 2013

Bila berjauhan ..

Assalamualaikum wbt (:

Entry kali nie aya nak cite pasal adik-adikku Insha Allah boleh ! Hihi Alhamdulillah adik saya, Muhd Fakhrullah a.k.a bangah telah melanjutkan pelajaran di UiTM Segamat.. kos Sains Matematik, dapat lah sambung apa yang dia minat. Haduii jelesnya dapat kos matematik tuee, tapee dia boleh teruskan cita2 akak dia nie. hee aya pula, Insha Allah cuba untuk capai impian mak ayah saya (;

Ini kali pertama aya tengok bangah berjauhan dengan kami. Selama nie pun duduk asrama 5 tahun kat Maahad Kajang dekat jee dengan rumah. Boleh melawat setiap minggu, dapat plkn 3 bulan pun setiap minggu melawat dia. Setiap kali nak balik hostel mesti singgah kem dia dulu, Mantin jee -,- Dan ini first time kut jauh, Segamat wuu.. tempat dia jauh dengan bandar, kena lalu ladang kelapa sawit dulu, kubur cina haha baru jumpa u dia. hee dah lah jauh dengan rumah, dengan kampung.. semua lah TAPI jangan risau lah ada jugak sedara kat segamat tue. Boleh tolong tengok2 kan dia haha anak manja betul *jahat tak* biarkan sajeaa :D

Muka suka ke nak nagis nie? :P

Haa tolong angkat gayung pun bole (:

Semua nak hantar budak manja nie ><

Khusyuk bapaknya dgr penerangan hihi
Dapat jugak satu bilik dgn kawan dia nie. Mmg tak bole pisah eh?

Kiss mama dulu, minta restu hehe

Cium tangan kakanda pulop :D

Siap beli penyapu tue tp
tak pernah nmpk pun dia mnyapu selama nie -.-

Hari ini genap seminggu dia kat sana. Baru jee habis orientasi, dengar2 macam dia nak balik minggu nie. tapi tade lak muncul batang hidung dia. Hihi kenapa dik? tak best ke? ape kena buli? haha *gelak jahat* okay sorry, eleh ngah kau kan kuat *angkat kening* pandailah jaga diri kat sana tue. Solat jaga, kalau boleh berjemaah setiap hari. kan lagi bagus, joinlah usrah ke hape kat surau tue. Jadi geng surau pun okay ape? hihi tade hal lah kan, berehh.. (; okay, kitorang kat sini sentiasa doakan yang terbaik buat kau. Anak yang baik mendengar kata, anak yang soleh idaman kalbu hee..

Sekian, Wassalam (: 

Friday, June 7, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU



Assalamualaikum wbt (:

Tengok tajuk pun dah tahu kan aya nak cite ape hihi sape kawen? Lah tak tahu ke? Meh bisik, saya lah yang kahwin ! >.< ehh? tak percaya? okay2 baiklah, okay fine. hehe bukan saya yang kawen, lambat lagi kut. Pokde saya a.k.a Lokman Hakim ((: Haa dia lah yang kawen. wehee *excited lak* senang cite, tengok jelah gambar2 nie yer.. okay, jom tengok gambar pokde dan mak ude saya.. ^^

Kampung halaman ku (:

Hari akad nikah..

My mama , comelnyaa :>

Ketibaan daripada pihak lelaki. Kena pegang hantaran -.- 


Cium tangan kekanda hihi 

Ouch >.< malu-malu gitu 

Mak ude bersama Ayahanda & ibunda mertua (;

Kami sekeluarga ^^

Kenduri di Gadek (rumah mak ude),

Rombongan dari pengantin lelaki. Bersih *kuning* :D

Sama rendah, sama comel :>



Photographer (:

Meja makan pengantin (:




Melopong bdk2 nie tgk pengantin ><

Makcik Nurul & Epa (: Bakal jadi isteri orang tak lama lagi. hihi 

Pakcik2 & makcik2 saya (:



Sekian, wassalam ((:

Tuesday, May 28, 2013

VISIT GANU

Assalamualaikum wbt (:

hai hai *lambai tangan* awok ape khabar? sihat? Alhamdulillah, aya di sini sihat saje. ok hari nie baru ada masa & waktu untuk mengadap laptop nie >,< orang busy lah katakan *cett* pada 20 Mei 2013 fuhh serem saje , exam sem 2 bermula dan berakhir pada 23 Mei, diakhiri dengan paper Sejarah Islam. Alhamdulillah, moga kejayaan milik kita semua & semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen (;

Bulan Mei hampir tiba ke penghujungnya, cuti penggal pun bermula :D seperti yang dijanjikan, cikgu2 nie nak bawa kitorang pergi holiday kat terengganu yeah ! mengikut perancangan awal, cikgu nak bawa kitorang pergi Singapore *eceh* tapi tade rejeki.. tape, Terengganu pung oke ape.. Moh kita jalang2 kat ganu hihi


Di hadapan homestay ^^

Minum petang sajee (:

Sarapan Nasi Dagang di Kg. Losong

Lima jejaka pingitan haha

Mereka berpoligami. Bahagia kan? :>

Terselah kepenatan di wajahmu. Kaki melecet yer kak hihi

Seghonoknya mereka dapat naik :/

Di bawah pohon yang redup (:

Love this too much ! :D

Sekarang kami di Brunei (:

Ok jom kita ke Indonesia (:
Masjid kristal di tanganmu :P
Dinner kerang bakar (:
ustaz razak belanja Nyum Nyum..

khusyuknya buka kerang *muka serius* haha
Majlis Syura di Unisza (:

Wakil parlimen negeri (:

"Silaturrahim ini tak akan terpisah, berbahagia untuk selamanya. Insha Allah"
Moga ukhwah yang terjalin kekal till jannah (:

Wednesday, March 27, 2013

P.E.L.I.T.A




Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini

Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah

Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai

Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah

Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur

Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah

Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya


#takenote aya (:

"selagi hayat dikandung badan, takkan ku menyerah kalah"




Monday, March 25, 2013

Seiring Sehaluan




Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah (: