JellyPages.com

Monday, July 23, 2012

bidadari di padang pasir

Assalamualaikum w.b.t (:

Alhamdulillah (': Rukun umrah yang pertama telah ditunaikan. Perjalanan diteruskan menuju ke Mekah Mukarramah, perjalanan mengambil masa selama 5-6 jam. Fuhh, sepanjang perjalanan hanya nampak padang jarak padang terkukur. tade ape pun, bukit coklat dgn batu hitam jee -.-  Saya dapat partner dlm bas yang agak 'nakal' yaa, Zatussyifaa. hehe dia pergi capture pict orang tgh tidur XD So, tade lah rasa bosan sangat duduk dalam bas tue. Orang lain tengah tidur, kitorang terkekeh gelak kan orang tidur. Mcm mcm gaya tauu >.<  Tapi ada sorang lagi tak tidur, selain kami & driver. Us.Nizo ! Nasib baik dia tak perasan kitorang buad apee, hehe nakal betol..

Padang jarak padang terkukur

Laluan ke Makkah (:

Syifaa khusyuk nau membaca ^^
p/s: sebelum buad kerja nakal :P

Akhirnya, bas pun berhenti R&R kat tengah padang tue. Alhamdulillah (:  Ada jugak yeaa hee, ingat nak pergi toilet tetapi keadaan di situ sangat lah menyedihkan, termati terus hajat den. huhu 



Ajwad & Nasrul (:

My  lovely father ^^

Fakhrullah & Ansarullah (:
Berhenti di R&R untuk solat maghrib dan isyak.. 

with cik mahh, nenek nie kalau senyum nmpk 2 gigi jee tau
comeyll >.<

with maksu fiza yang sngt baik ^^
mcm kakak saya pulak (:

31 Mei : akhirnya kami tiba juga di tanah haram pd jam 12 malam (':  sebelum tiba di hotel, bas kami buat problem tak boleh bergerak tersangkut kat kaki bukit. Sampai separuh penumpang kena turun dari bas, MasyaAllah ! Dengan izin Allah, selepas setengah jam bas berjalan dengan lancar. Alhamdulillah .. 


Bermula langkah kanan, kaki ini melangkah masuk di pintu utama Masjidil Haram. Hatiku begitu tersentuh melihat kaabah. Maha Suci Allah ! Ibadah umrah selesai dijalankan, Alhamdulillah dapat menunaikan solat subuh secara berjemaah antara bukit safa dan marwah (':


Kaabah (':

Menunggu azan subuh kedua (:

Setelah selesai umrah ^^

Dekat tanah haram nie, dua kali aya jumpa dengan ustaz Azizul (ustaz time kat kem anak soleh).. ustaz kata, kira hebatlah jumpa sampai dua kali. sekali kat depan hotel di Madinah, sekali lagi dekat depan kaabah. hehe 


Ayah yang terbaik, terhebat mendidik anak anak ke syurga (':

Bangunan jam di luar masjidil haram, arkiteknya dari Malaysia.
tingginya lebih tinggi dari kaabah.
Ini merupakan salah satu tanda besar kiamat, MasyaAllah !
Babul Aziz, pintu utama Masjidil haram (:

Burung merpati di sepanjang perjalanan ke hotel


Sementara tunggu isyak, ada seorang makcik dari Indonesia tegur saya >.<  katanya, saya nie seorang yang PINTAR, kuliah kelas 1 lagi bilangnya.. hehe amin~

1 Jun : Hari nie, aya tak berapa sihat.. huhu, demam, batuk, selsema hingus berdarah :'(  aya tak dapat solat jumaat kat masjidil haram .. sedihh !! T.T

2 Jun : Hari melawat tempat bersejarah di Makkah (:

Gua hira'


Cuaca di sini sangat panas,
 tue yg berkerut kening masing masing
hehe 

Jabar Rahmah (tmpt pertemuan adam & hawa di bumi) ^^
Doa mohon dipertemukan jodoh yg soleh & kekal till jannah
amin ~

Permandangan Jabar Rahmah dr bawah

Permandangan dari atas Jabar Rahmah

tempat melontar (warna kelabu) utk jemaah haji
 3 Jun : Aktiviti bebas - Shopping !





Khusyuknya tengok, nak lettew kankan? hehew

Haaa ,, dah belek belek tue, satgi msti beli punyaa >.<


Aya beli jam baru ! hehe okay, ayah yang bayar -.- mane cukup duit nak beli sendiri , cett alasan ! hihi , demam aya baik kejap sbb dpt jam :P


4 Jun : Jemaah Multaqa Al-Iman buat Qiamullail tp aya tak turun sama sbb saya demam lahh. Alasan lagi -.- Astagfirullah al-azim *geleng kepala..

Hari nie, pergi melawat lagi. Dari pukul 6.30 pagi tunggu bas, pukul 8 baru bas muncul. Memang menguji kesabaran den..
Muzium Makkah (:



Salasiah keluarga baginda s.a.w (:


Ustaz Yusof sedamng bercerita tentang sejarah kaabah (:
 Ladang unta di Hudaibiyyah ^^


Unta unta (:

Paksu Khai bersama unta peliharaannya hee

Susu unta segar dari ladang unta,
sedap !! aya minum smpai 2 botol tauu >.<

Cuaca di padang pasir antara 43 hingga 44 darjah panasnya., pijak pasir terasa hangat, semata mata nak beli susu unta segar aya hampir hampir ketinggalan bas huhu ..
Kemudian, bermiqat di sempadan antara tanah haram & halal..

Selepas asar, pertama kali dalam sejarah hidup saya, merasai hujan rahmat turun di Makkah. MasyaAllah hujan lebat pulak tue. Masih ada jemaah yang buat tawaf dalam hujan (':

5 Jun : Hari terakhir berada di tanah haram )':  Hanya tuhan yang tahu, betapa sedihnya hati ini untuk meningggalkan tanah haram. Rukun yang terakhir, tawaf wida' ..


Selesai tawaf wida'

Minum air zamzam



wan teh & tok teh (:



Zaman, hehe dia nie hampir2 terikut kitorang pulang Malaysia ^^

Us.Yusuf, Us.Ansar, Us.Nizo (:


Menunggu bas utk pulang ke tanah air ^^
Jeddah (:

Laut merah (:



Masjid di Jeddah (:



Maksu fieza (my sista) & suaminya, Paksu Khai ^^
Pakcik tolak troli orang sbb Wan dah penat nak jalan >.<
Bermimpilah tentang apa yang ingin kita impikan, pergilah ke tempat-tempat kita ingin pergi. Jadilah seperti yang kita inginkan, kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kita lakukan.
Sekian, wassalam ^^