JellyPages.com

Sunday, December 8, 2013

Lari Daripada Masalah

Ku sangkakan panas sampai ke petang, tetapi mendung di tengah hari. Siapa sangka, selama ini yang kita sangkakan hidup ini indahnya seindah mentari dan tidak pernah merasai ribut dan taufannya dalam kehidupan. Apabila bencana yang tidak diingini datang melanda, kita lari membawa diri meninggalkan segala kesan bencana. Tanpa memikirkan apa yang harus kita lakukan bagi memulihkannya semula. 

Ia sama seperti kita "lari daripada masalah"...

Itulah yang sedang aku alami sekarang. Aku tidak tahu apakah punca ianya berlaku? Mengapa ia berlaku? Sedangkan aku sendiri yang mengalaminya. Pejamkan mata dan pekakan telinga, itulah yang aku lakukan. Aku tidak mahu mengambil jalan bagaimana nak selesaikannya. Aku biarkan begitu saja untuk kepentingan diri aku sendiri tanpa memikirkan perasaan orang disekelilingku. Ya Allah, kejamnya aku. 


Aku lari daripada masalah aku sendiri, bukan orang lain.Lalu, aku mengambil keputusan untuk aku bersendirian. Dan membiarkan orang lain terkuntang-kanting menyelesaikan masalah tersebut.

Sikap ini tidak patut dicontohi yer adik-adikku sekalian. Jangan biarkan suatu hari nanti, kau kehilangan semua yang kau miliki, baru nak menyesal seribu makna sekalipun sudah tidak berguna.

Sebelum semua itu terjadi, aku menurunkan sedikit demi sedikit perasaan ego dalam diri lalu aku membuangnya agar aku tidak menyesal di kemudian hari kelak dek kerana sikap angkuh dalam diri. Kemudian, bawa masalah tersebut di dalam perbincangan. Itu jalan yang terbaik.

Moral of the story : 
Ketawa bersama, menangis bersama. Hadapi segala rintangan bersama, Insha Allah kita akan bahagia :)

#Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. :)

Isi Hatiku



Aku di sini masih meniti hari-hari hidup yang sedang aku jalani. Perjalanan hidup ini sangat panjang, banyak perkara yang aku yang tak tahu dan aku perlu tahu untuk meneruskan perjuangan kehidupan di dunia bagi mengejar kehidupan di akhirat.

Kehidupan di dunia sangat indah jika dihiasi dengan perjalanan hidup yang cukup cantik. Bermula dari aku kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah aku menjadi diri aku yang sekarang. Pelbagai cabaran dan dugaan yang sudah aku alami dan tanpa aku sedari sedikit sebanyak telah memberikan seribu makna dan pengajaran pada diri aku supaya aku lebih mengerti apa itu maksud kehidupan yang sebenar.

Mak. Ayah. Keluarga. Di sinilah bermula kehidupan aku sebagai seorang manusia. Tanpa mereka siapalah aku. Sembilan bulan aku berada di dalam kandungan mak. Sembilan belas tahun ayah tidak pernah jemu mendidik dan mengajar aku supaya menjadi anak yang solehah yang taat pada perintah Allah, mak dan ayah. Adik-adik yang aku dikasihi penghibur hidup aku walaupun kadang-kadang memerlukan kesabaran yang tinggi melayan telatah mereka tapi itulah yang aku rindu.

Sahabat. Kawan. Teman. Pengalaman bersama mereka memang sukar untuk aku lupakan samada yang manis mahupun pengalaman yang pahit tapi itu semua menjadi kenangan yang manis bagi aku kerana tanpa disedari merekalah banyak mengajar aku apa itu erti sebuah persahabatan. Setiap pertemuan dan perpisahan itu sangat indah jika semuanya kerana Allah. Ukhwah fillah abadan abada.

Guru. Cikgu. Pendidik. Menuntut ilmu sangatlah dituntut oleh Islam. Oleh itu, aku masih menuntut ilmu pada guru-guru secara formal mahupun tidak. Cikgu-cikgu di sekolah yang bakal aku rindui dengan ilmu, bebelan, leteran serta teguran mereka sebagai tanda kasih dan sayangnya mereka pada kita. Tanpa guru, cikgu, pendidik ini siapalah aku yang sekarang. Terima kasih cikgu.


Walaubagaimanapun aku mesti tetap akan meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup aku dengan melalui liku-liku dalam kehidupan. Semoga aku terus kuat dan tabah menjalani kehidupan yang sebenar dan lebih mencabar. Insha Allah. Doakan aku.