JellyPages.com

Saturday, March 31, 2012

berCINTA





~~Bila kamu bercinta pastikan ianya tulus dari HATI bukan dari rasa SIMPATI..

Bila kamu bercinta pastikan ianya cinta dari Ilahi bukan dari IBLIS dan JINNI..

Bila kamu bercinta pastikan ianya kekal ABADI bukannya permainan HATI..

Bila kamu bercinta pastikan kamu HARGAI bukan bila SUNYI baru kamu MENCARI..♥♥

Hargai orang yang kita sayang , kita tak tau bila dia akan pergi (':

InsyaAllah..♥♥

Tuesday, March 27, 2012

suka jiwa jee :P

Assalamualaikum sahabat (:

Sabtu baru nie,
ALIAH , ayu dan syuhada (:
pergi Ekspo SeLangkah 
ke UiTM Shah Alam


MasyaAllah !
ramai sgt orang
jalan pun berhimpit himpit
mcm pergi Pesta Buku

Kitorang pun tengok lah 
fakulti yang berminat
tak tau nak tanya apa tau
pasang telinga jee lah
orang bagi penerangan (:

Actually,
aya pergi sekadar nak cari ilmu
mmg tak layak pun
dan ayah pun lebih mendorong utk aya pilih bidang lain

balik tue,
 ayah ayu angkut kitorang gi wedding
haduii, dah lah aya tak pakai baju kurung
buad muke comeyl jee masuk (;

aya buad keputusan nak ikut syu balik rumah dia
hee, dekat carrefour wangsa maju
baru call my mama bgtau (:
haha, okay nie 1st time buad keje mcm nie :D
mak mana tak risau kan
anak dara dia tidur rumah orang
hehe, bertuah punya anak.



mlm tue, kali kedua aya jejak kaki
AYAM GOLEK 5 BINTANG (:
hee, rindu tau nak makan ayam golek
last makan,
14 Disember 2011
hehe, syu bawa balek asrama
terubat rindu den nak makan ayam golek
thankyou pakcik sofi (:

keesokan paginya,
aya kena berangkat pulang 
sebab ada urusan perlu diselesaikan di putrajaya (:
terima pakcik sofi, cik ida
sudi terima saya sebagai ank sulong 
walaupun hanya satu malam (:
hee, thankyou syuhada dan adik adiknya
sudi layan perangai aleya yang baik nie (:

# Lain kali aya datang lagi eaa :P
<muka tak malu>

Friday, March 23, 2012

keranamu KAWAN

Assalamualaikum (:

hari tue dekat sekolah
aya macam kelam kabut sikit
lepas dapat result,
hanya perkataan
"Alhamdulillah"
yang mampu terucap (;

selepas tue,
ramai lah datang serbu aya
tanya dapat berapa
haha, sampai terpisah lah dgn kawan kawan
bertubi tubi panggilan aya dapat
tanya pasal result lagi
tade benda lain ke nk tnya :P
haishh, susah betul ramai kenalan nie.
haha, okay aya perasan.

kawan kawan ajak hangout
lepas ambil result
hm, setelah minta kebenaran
mak pun bagi duit belanja
yeay :D
suke suke suke !
thankyou mama :P


sebelum gerak jumpa adek saya dulu
sempat sembang kejap jee
huhu T.T
sorry dekk, kite kelam kabut sikit time tue.
nanti kite datang lagi,
melawat awak okay (:

Nie laah muka muka yang rindu aya tue :P





hehe, time nie kitorang tgh tunggu ktm
tak rasa lama sgt
sbb bersembang sana sini 
layan perangai kwn kwn nie lagi :P

sampai jee kat mid valley
terus menunaikan kewajipan yg satu
solat fardhu zohor (:
lepas tue, 
ape lagii ?
makan laah !! 
wahh, sangat lapar :P


setelah perut di isi dgn burger,
haha, 
posing japp depan McD nie (;



aya dan teman teman 
meneruskan perjalanan
melawat acha kat tempat kerja dia.
waah~ seronok pulak tgk org keje niee
jeles ada jugak :D
haha, dah jangan berangan nak keje
mmg tak kan dapat punyaa
okay, baiklah.
hee, terpaksa akur (:

bekas ketua kelas 5 Tawakal
hee, menyatakan hajatnya nak beli hamster
pegi lahh masuk pet world
eee,, comeyl gilee !!
geram taww
ase nak beli jee,
tapii mmg tak dapat lahh.
dgn mslh kewangan lagi
haha, mslh org kat rumah lagi
mak saya tak suka bela haiwan berbulu
huhu ):
nadh pun tak jadi beli jugak
atas sebab sebab tertentu
hehe :D


seronok sangat berjalan
sampai kaki pun dah melecet (:
penad tue mmg sangat penad
tapi tolak ke tepi
semua sebab nak melayan
kawan kawan yg rindu kat aya
hehe (:

lepas tue,
singgah kat mph
beli novel :D
kat situ, ada satu peristiwa
yang menakutkan..
huhu, Alhamdulillah
ada kawan kawan yg sentiasa mnjaga aya
thankyou kawan (':


destinasi terakhir,
surau (:
selepas tue,
berakhir lahh pertemuan kami.
terpaksa berpisah dgn nadh, syifa' nd syahira
sebab tak sama haluan balik rumah.

train pertama penuh & sgt padat
orang balik kerja kan.
huhu, kitorang pun
buad kputusan nak naik train lagi stengah jam.
duduk lah bertapa kat tepi landasan (:
sempat posing lagi taw :P




okay, kali nie nekad
nak sumbat jugak masok train !
memey ahh, macam sardin kat dalam tue.
tapi yang sedihnya,
terpisah dengan Ayu, Amy, Syuhada ):
mereka bertiga tak sempat masok.

Sampai di stesen BTS
aya terpaksa berpisah dengan kwn kwn lain
hanya lambaian yang menjadi tanda perpisahan ):
sob sob sob )':


Tinggal lah aya seorang diri
bersama penumpang yang lain.
tiba di destinasi,
akhirnya aya dapat menghirup udara dgn sempurna (:
Perjalanan di teruskan.

Alhamdulillah,
aya selamat sampai di rumah 
seusai menunaikan solat fardhu maghrib
lalu rebah di atas tikar sejadah (;


wahai bintang bintang hati ku,
terima kasih kerana meluangkan masa bersama sama
aleya sangat sangat gembira (':
aleya sangat terharu
walaupun penad,
namun ini semua 
KERANAMU  KAWAN
InsyaAllah,
kalau ada jodoh kita jumpa lagi (':

Thursday, March 22, 2012

Wahai Adam, kenalilah Hawa !

Assalamualaikum,
Minggu ini,
bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman.
Teman jauh, mahu teman dekat.
Mukadimahnya esak tangis.
Puncanya pelbagai.
Lama aku diam.
Cuba menangkap gelora hati,
membaca gejolak jiwa.
Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti



Hawa itu kadang keliru.
Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir.
Mahu berlaku jujur, terpalit segan.
Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.
Hawa itu kadang cemburu.
Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu.
Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.
Itu kisah Hawa.
Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam,
tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.
Aneh bukan?
Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.
Lalu, harus bagaimakah?



Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa. Hatinya sangat rapuh.
Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah saja berkaca.
Kata mereka itu tanda lemah. Tapi bagi aku itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati,
tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati.
Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan.
Tidak sama sekali!
Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.
Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti,
kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu.
Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya.
Hati yang punya sarat perasaan.
Perasaan yang kadang menjerat dirinya
dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam,
dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.
Berhentilah.
Supaya mereka tidak kepenatan
berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.




Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya.
Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu.
Moga Hawa itu terus kuat!
Aku pernah jadi perempuan.

Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.

bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.

Alhamdulillah (':

Assakamualaikum (:

--> 21 MAC 2012 <--

Beberapa jam sebelum
keputusan SPM keluar.
Tepat 7.20 pagi,
tiba di sekolah terchenta :D

Hanya menghabiskan 
masa perhimpunan di dalam kereta
sambil dengar radio
haduii, semua nk cite pasal result SPM

Lepas perhimpunan selesai,
aya keluar sekolah
nak beli sarapan
Lapoo lah :P
hehe, dengan kekuatan yang ada
berjalan seorang diri
pergi rumah Atikah Razali (:


Akhirnya, sampai jugak dekat rumah dia
untuk pertama kalinyaa (:
waah~ teramat rindu pada sahabatku yang sorang nie.
hehe, atikah bg aya sarapan
dgn muka tak malu
makan laah masakan buatan atikah sendiri aww
sedap , manis lagii
orang tgh bahagia kan :P

okayy, setelah anak dara pakcik Razali nie siap
hee, kitorang pun gerak pergi ambil sahabat sahabat yang lain
dekat stesen Bandar Tasik Selatan (:
Jumpa Syuhada, Syifa dgn Shuhaila.


Sampai kat depan sekolah,
jumpa Aqilah ToT (:
dekat depan asrama,
bergambar kejap :P
rindukan hehe
Naik je surau asrama,
jumpa budak sarawak
dan teman teman yg lain
haha, amboii
semua mengubati rindu di hatii
cehh ! 
sampai lupa tujuan asal ke sekolah :P


Jantung mula dah buad hal
laju semacam jee -.-
huhu, beberapa minit lagi
keputusan akan keluar.

Tahniah, kepada 
Farah Roslend  & Wan Roslina
STRAIGHT A'S !!
wahh, bangga taw.

Tahniah juga buat sahabat sahabat saya
Miza Izzati
Ameera Nabila
Nurin Iman
Atikah Razali
Hazrina
and my muaqohh
Zulaikha Sokri (:
Tahniahh !!


Akhrnya, keputusan aya berada di tangan 
Alhamdulillah,
ini rejeki saya & saya redha
dengan keputusan nie (:
Syukran jazilann,
buad semua cikgu yang mendidik saya. 

Handphone pun dicapai
bersedia utk beritahu kpd ayah dan bonda (:
Ungkapan pertama dari mulut ayah
"TAHNIAH"
pelik ? mana ayah tau ?
daripada sumber tertentu
dan tak lain tak bukan
emak saya lah tue !
dah agak dah -.-
mak kata,
"MAK JELING JELING JEE, HEHE"
haduii, my mama nie kann (;

Alhamdulillah, aya bersyukur dgn result saya
walaupun tak brapa cemerlang (':

Tuesday, March 20, 2012

detik demi detik

Bismillahirrahmanirahim..


fuhh ! okay,,
debaran kian terasa
maybe lagi 12 jam
aya akan berada di sekolah
bersama kawan kawan
melepaskan rindu masing masing
setelah 3 bulan 
tak jumpaa kan (:

okayy,
kurang daripada 14 jam
kemungkinan BESAR,
bkn kemungkinan dah.
sememangnya,
haruslahh !
semua calon SPM 2011
SMK Bandar Tasik Selatan
akan berada di Dewan Bestari
untuk ambil result SPM !
ohh, tidakk !!

takut yg teramat
tak tau nak ckp macam mana
hanya Allah, aya & sahabat sahabat seperjuangan
yg tahu apa perasaan sekarang nie
huhu, makk takutt nyaa !!
Ya Allah )':

macam mana result aku ??
macam mana result aku ??
macam mana result aku ??


doa doa doa & TAWAKAL
yeahh, itu yang mampu lakukan skrg

atas nasihat sis zulaiqa.
debar itu normal
berdoa & banyakkan SELAWAT
InsyaAllah (:

thankyou sis,
memang benar,
selawat menenangkan jiwa & hati 
yang sedang gundah gulana (:


Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah,
berikanlah aku kesempatan waktu 
untuk memohon dariMu
Anugerahkan aku 
kejayaan dalam peperiksaan ini
Anugerahkan aku
kejayaan kepada semua teman temanku
Janganlah ada
antara kami yang bersedih sendirian
dan juga kepadaku
Engkau Yang Maha Agung
Mudah mudahan
kejayaan menjadi milik kami
Amin~


Friday, March 16, 2012

couple islamic

Asalamualaikum
Jom baca kisah ini (:


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad
Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. 
Beberapa lama kemudian, 
Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. 
Matanya mengalahkan Zinnirah. 
Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. 
Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. 
Tetapi, Syafiq cuba tahan.
 Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura 
sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu,
Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, 
dia sudah tidak mampu bertahan. 
Dia mengatur langkah dan akhirnya,
 Safura tewas pada pujuk rayunya. 
Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. 
Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’.
 Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.
 "COUPLE ISLAMIC".
 Asal keluar, pergi tempat terbuka. 
Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. 
Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. 
Syafiq pula pakai serban dan jubah. 
Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, 
keluar bawa Al-Quran.
 Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. 
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan,
 mereka ikut cara Nabi Musa. 
Lelaki di depan, perempuan di belakang.
 Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. 
Suruh qiamullail. 
Hah ! kan islamic punya couple tue.


Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, 
Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. 
Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. 
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka
 kerana tiada tempat duduk. 
Bila duduk, Muhammad bertanya, 
"Have you married?".
 "No.", jawab Safura.
 "So, why you sit together with this ajnabi alone here", 
tanya Muhammad. 
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. 
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. 
Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian.
 Tinggal kat Singapore. 
Dulu, aku suka sangat makan babi. 
Kalau sehari tak makan, pengsan aku. 
Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, 
aku masuk wad malam tu. 
Tetapi, Alhamdulillah, 
Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. 
Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, 
dalam Islam tak boleh makan babi. 
Aduh, pening kepala aku. 
Macam mana aku nak buat ni??? 
Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. 
Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. 
Tapi aku…mana ada. 
Jadi, time kat hospital tu aku fikir. 
Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. 
Aku nak Islamkan babi tu. 
Aku beli seekor anak babi. 
Dari kecik aku jaga dia.
Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. 
Setiap jam aku mandikan dia.
 Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. 
Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu
Asal dia berak aku vacuum terus. 
Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. 
Lepas dua tahun, 
masa yang ditunggu-tunggu tiba. 
Masa untuk sembelih babi ni. 
Tengok-tengok babi ni takde leher. 
Tapi, lantaklah. 
Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni.
 Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. 
Tengah-tengah makan, 
nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. 
Muka macam lapar je. 
Aku pun ajak la dia makan. 
Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, 
Syafiq dan Safura pun sedar. 
Kalau benda itu haram, ia tetap HARAM. 
Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...


# yg HARAM tetap akan HARAM 
walau kita cuba apa cara sekalipon 
untuk mengHALALkannya

Wallahu alam (:

Thursday, March 15, 2012

tabahkan HATIKU





Siapakah yang paling KUAT dan TABAH?
=> Itulah dia, insan yang memiliki HATI YANG IKHLAS..

Mahu tahu KENAPA?
~ Apabila dia ditimpa musibah, dia ikhlas dengan apa yang berlaku..
~ Apabila dia kehilangan sesuatu, dia ikhlas dengan kehilangan itu..
~ Apabila dia diuji dengan masalah, dia ikhlas melaluinya..
~ Apabila dia dicaci dan dihina, dia ikhlas menempuhnya..

p/s : Insan yang hatinya IKHLAS tidak akan pernah TERKESAN dengan pujian
mahupun kritikan..malah juga BERTAHAN dengan tomahan dan dugaan
kerana dia tahu, dia lakukan semua itu KERANA Allah..

:: Moga hidup kita sentiasa dalam REDHANYA ::

-H.A-

Wednesday, March 14, 2012

sahabat


Di saat bibir ini
mengungkap kata,
'kita sahabat'
serentak,
hati juga turut mengakuinya (:

Dan di saat
mata ini melihatmu,
hati terdetik
'Dia SAHABATku'
dan aku amat
menyayangimu kerana ALLAH,
semoga dirimu juga
menyayangi diriku
kerana Allah (:

Amin~
rindu sangat pada sahabat sahabat saya (':

selamat berkhatan (:

Assalamualaikum awk (:

--> 13 Mac 2012 <--
tarikh nie amat bermakna bagi adek adek saya

hee >.<
Selamat Hari Lahir
Fadhilatul Izzah
belajar leklok
PMR kan tahun nie
buat yang terbaik (;

Tahniah buat upin ipin akak !
hee, selamat dah dikhatankan
jadi anak yang soleh yaa (:

sebelum berkhatan,
bukan main suka lagi.
yeahh ! nak sunat :D
amboii. happy nyee dia.
haha :D

aya engat nak ekot pergi tengok
budak budak nie berkhatan
tapi atas sebab tertentu
saya tidak dibenarkan pergi :P
hanya menanti di rumah saja.


dekat klinik,
si abang mula dulu
doktor pun mula lah beroperasi
huhu, hanya air mata sahaja
menjadi bukti kesakitan (:
ayah tak bagi adek tengok,
tapi sebok mengintai si abang.

bila tiba giliran si adek,
mula dah buat perangai.
mak !! jom balik makk
adek tak nak sunat !!
haa, puas laah ayah dgn mak
pujuk dia
punya memberontak dia,
sampai mak kena tahan tangan dia
ayah pulak tahan kaki.
kalau tak dia nak larii !! :D


Alhamdulillah,
selesai juga akhirnya.
ayah tanya si adek,
sakit tak ?
tak sakit pun,
adek saje jee tadi..
haha :D
bertuah punya budak.

tepat jam 1 petang,
mereka pun tiba di rumah.
tengok mata semua bengkak.
haha, menangis laah tue.

tiba-tiba ..
si abang kata,
kakak, nak tengok tak ?
taknak !!
terus aya lari masuk bilik
haha :P

Nasrul jadi photographer
amek gambar budak khatan :P
aya tengok gambar khatan tadi
huhu, baru jee tengok
dah pengsan !
hoho ^o^

nasrul cakap,
kakak, tadi kan ada banyak darah !!
huhu, naseb baik aya tak pergi
kalau tak,
satu kerja pulak doktor kena uruskan kakaknya
hee >.<

# gambar di atas hanya gambar hiasan (:

Tuesday, March 6, 2012

budak botak patah gigi :P

Assalamualaikum (:

aya nak cerita nie,
bace tau ?
jangan tidow pulak -.-
haha :D

okay, kat dalam rumah nie
ada 3 orang budak botak
comell gilee >.<
sape lagi 
kalau bukan adek adek ksygn aya tue (:

beberapa hari yang lepas,
salah seorang drpd 3 beradek nie
patah gigi !
haha, aya gelak gilee tgk gigi dia hilang
yang kelakarnya
gigi depan , belah atas kanan sikit :D
boleh bayangkan tak ?


tue lah akibatnya ,
makan KitKat dua minggu berturut turut :P
pergi sekolah makan KitKat
balik sekolah makan KitKat
setiap hari minta KitKat !
hadoiiyaii 
sampai aya pun tak larat nak mkn KitKat dah 
haha :D

tadi dia ajak aya main,
spelling bee
layan jee laa game budak darjah 2 (;
tau aya dapat berapa drpd 20 soalan ?
18 jee !!
haha , engatkan dapat full mark
nak tau sebab apa aya salah ?

dia suruh eja OATS
aya pun eja laa ..
O.A.T.S
wrong !!
apasal pulak ? betul laa akak eja.
mana ada S lah kak

haha, okay aya salah dengar
maybe faktor gigi dia kut :P
kan kan ? (;

# okay, adek gudluck exam english besok ! ^_^


Monday, March 5, 2012

yeah, hadiah !! ♥

Salam sayang (:

♥ 2 Mac 2012 ♥ 
16 : 14
berFACEBOOK :P

16 : 40
mak panggil,
ada org nak jumpe 
sape lak nie ? o.O
hadoiiyaii
dengan berpakaian harian di rumah :P
keluar lah berjumpa dgn si dia
laah, abg postmen rupe nyee -_-
post laju pulak tue !

(dlm hati excited aw, ad brg utk aku!)
haha :D



postmen tue kata,
susah betul nak sebut nama awk yeer
huhu, susah ke ??
pape lahh...
muke gembira tak dapat dibendung lagi masa tue :D
jelas terpancar !
aya dapat hadiah dari LABUAN !
suke sangat sangat (:

Istimewa buat sahabat ana sampai SYURGA.
InsyaALLAH 
Ana Rindu dan Sayang pada Enti !


much love from sue 


Ya Allah !!
Hanya Kau yang mengetahui
betapa gembiranya aku
terharunya aku ketika itu (':

dear sue, aku sayang kau kerana Allah
friends till jannah (;
Amin, Ya Allah !
thank you so much sayang (:




kegembiraan ini
tidak dapat diungkap oleh kata-kata (:

# aya ada teman baru,
nama dia FIFI (:

Friday, March 2, 2012

♥ 1000 Dinar ♥

Bismillah.
Assalamualaikum sahabat !

tadi aku diuji oleh Allah
MasyaAllah
hati aku begitu luluh ya Allah
aku hampir terjatuh
dalam jerat aku sendiri ):

sedang aku diuji olehMu
saudaraku, sahabatku, guruku
datang menghulurkan nasihat
menyedarkan aku 
supaya bersangka baik denganMu
ya Allah (:

Alhamdulillah
aku bersyukur padaMu
kerana masih ada lagi 
insan yg menyangi diri ini
terima kasih Tuhan (:

aku bersyukur 
kerana Engkau memberi aku
insan seperti mereka
Syukran ya Allah (:

doa & TAWAKAL
Allah dah tentu kan
qada' dan qadar kita
sekarang hanya mampu berdoa
harap Allah beri yg terbaik buat kita (:
InsyaAllah

bak kata Ain Nadhirah,
TAWAKAL ♥ 
banyaklah baca ayat seribu dinar , 
hayati maksud dia . 
erti sebenar tawakal yang korang pegang for 5 years tu .



Wallahu alam (:

Thursday, March 1, 2012

byebye February ):

Bismillah .

hari nie dah masuk bulan Mac
bulan nie laa paling kite gerun utk tahun nie !
sebab apa ?
awak !!
20 hari lagi 
keputusan SPM akan keluar
hadoiiyai, lemah jantung den
bile ckp pasal result SPM niee

dulu lepas spm,
bile pegi pasar, pegi surau, pegi taman
orang mesti tanya..
"kak long buat apa sekarang ?"
dengan senyuman yg menawan sambil menjawab,
"tak buat pape pun, duk rumah jee :D"


nanti lepas dapat result,
kat mana mana pun !
orang mesti tanya..
"kak long dapat berapa ?"
hanya mampu memberi senyuman yg paling menawan XD
haha ! hoho ! hihi ! huhu !

 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


kadang kadang stress datang melanda..
diri ini bagai.. aduh !
nie semua berpunca apabila
tiba bulan mac !!
dgn muke tak bersalah,
mac pun berkata..
"apa salah aku ?"
tapi apa kan daya,
aku hanya seorang insan yg lemah ):
haish, ape kau merepek nie aya ?

okay, di sini kita dpt lihat
betapa sadisnya budak lepasan SPM
apabila ditinggalkan oleh bulan Februari ):

-----back to normal-----


sejujurnya,
aya mmg takut nak ambil result SPM
sape tak takut kan ?
aya cuba gagahkan diri nie (:
apepun kptsn kite nanti
terima dengan hati yang terbuka
inilah hasil usaha awak selama nie

sekarang nie,
kite hanya mampu berdoa & bertawakal (:
buat solat hajat
minta mak ayah doakan kita
hati aya terkilan apabila
melihat mak ayah tiap tiap malam
sembahyang sunat (':

mak ayah..
doakan akak dapat kptsn yg baik
agar dapat gembirakan hati kedua 
pengarang jantung hati akak nie (':
terima kasih..
akak sayang mak ayah kerana Allah (':


YA ALLAH. 
KAU BERIKANLAH KAMI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG UNTUK
SPM 2011 PADA 21 MAC 2012.
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHI.
KAU BERIKANLAH KAMI APA YANG TERBAIK
BUAT KAMI & MAMPU MEMBUAT
KEDUA IBUBAPA KAMI TERSENYUM GEMBIRA.
YA ALLAH..


Semoga Kejayaan Menanti Kita.
INSYAALLAH (:
amin ya rabb ~