JellyPages.com

Saturday, January 19, 2013

saya jealous dengan awak



Suatu hari Aisyah sedang berbual-bual dengan Shera dibawah rendang pohon yang redup…

Shera: Mesti seronok kan dapat jadi awak?

Aisyah: Kenapa pulak? (sambil membetulkan tudung labuhnya yang sedikit ditiup angin)

Shera: Sebab awak adalah awak dan saya jealous dengan awak.

Aisyah: Boleh saya tahu sebabnya?


Shera: Sebab awak baik semacam...kalau solat awak khusyuk, solat sunat pulak selalu awak lazimi.. baca Al-Quran awak fasih..siang awak nampak gembira, bergelak ketawa, tapi malam saya selalu nampak awak menangis di tikar sejadah. Awak cantik, tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je..lembut, penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape-apa, mesti awak jaga niat..awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang. Mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah, Alhamdulillah, masyaALLAH, insyaALLAH’…semualah.. sunnah rasulullah semua awak buat,satu pun takde yang awak tinggal.. saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak..mesti rasulullah rindu awak..(berwajah sedih)

Aisyah: Ooo..macam tu. Kalau macam tu, sayalah orang yang akan lebih jealous dengan awak..

Shera: Kenapa??( wajah itu terus berubah penuh tanda tanya)


Aisyah: Sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul-BETUL grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap-gagap, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH, tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH. Saya lagi JELOUS dari awak..sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya. Rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul-betul SAYA JEALOUS DENGAN AWAK… ^^

Waallahu a'lam (:   


Sunday, January 13, 2013

PLKN :D


Assalamualaikum wbt (:

Hari ini family aya pergi melawat anak lelaki sulong mak ayah, adik aya, abang kepada adik adik yang lain. Aya cerita sikit pasal dia nie, nama diberi *uhuk* Muhammad Fakhrullah Bin Mohd Ansarullah. Umur,lepasan SPM *18 tahun lah kan. Ex student SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Anak kedua daripada 6 orang adk terberadik :D Gelaran dalam keluarga "BANGAH" hmm handsome?? lalalala no komen, bg aya biasa jee =,= tapi kawan kawan aya kata dia handsome maybe. haha

Setelah sekian lama aya tak nampak dia botak, akhirnya dengan masuk PLKN dapat jugak tengok BOTAK :D sampaikan kitorang tak cam dia mana satu hehe *comeyl tau budak botak*


haa tue dia dah maii ;D

Dia cerita lah aktiviti aktiviti dia kat KEM SRI PERKASA, MANTIN.. tade banyak complain pun, baru 2 minggu masuk kan. Alah dia kan lelaki mesti okay jee. kankan?? (;



Budak Botak ^^



budak nie pun sibuk nak masuk PLKN jugak mcm abg dia :D


Anak & Bapak (;


Empat budak botak (;


Bersama mak & ayah yang dirindui (:

bye bye budak botak, take care kat sana. eleh dah besar lah, jangan nangis tau :D *jahat tak* 

Wassalam (:



2 in 1

Assalamualaikum wbt (:

>>2013<<

Tahun baru, semester baru, azam baru, semangat baru, impian baru. Semuanya baru lah. Dengan hati yang berat nak tinggal kan semua benda yang dah 2 bulan bersama *eceh* aya pun balik asrama. Jumpa kawan salam muah kiri muah kanan borak sana borak sini makan solat. 

Sebenarnya, aya dah plan nak pergi program Himpunan 1 000 Jiwa 1 Hati anjuran Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) di Shah Alam tapi masa tak mengizinkan. Sedih tak dapat pergi. Lagipun rumah saya jauh dari sana huhu. Insha Allah tahun depan kalau berkelapangan aya pergi lah. Serius, program tue best sangat ! Menghimpunkan 1001 remaja Islam untuk menyambut tahun baru secara islamik. Semangat untuk terus bangkit berjihad di jalan Allah. Banyak sangat manfaatnya Insha Allah (:

Masuk sem baru nie, aya ada 3 kerja projek ( PENGAJIAN AM, SEJARAH, SYARIAH) kena buat dan kena siapkan sebelum April. alah lambat lagi kan? Mmg lambat lagi tapi tajuk pun belum tahu lagi nak buat apa. huhu Astagfirullah al-azim.. aya tak baik mengeluh, ok kawan kawan doakan aya ehh?? Doa dan sokongan dari orang orang tersayang sangat diperlukan di sini (':

Demi menyiapkan kerja projek saya yang sikit tue, aya sanggup turun Seremban cari bahan. Belajar sambil release tension >.< Penat memang penat tapi campak jauh jauh demi kerja projek !!! wahhh.. *semangat*

Perpustakaan Seremban (:






Setelah habis satu library kitorang geledah, masing masing dah nak keluar dari sana. Librarian pun dah muak tengok muka kitorang. hehe then kitorang pun jalan jalan kat seremban *mcm pelancong asing pun ada*

Seremban (:





Jalan jalan cari makang (;




Bowling time >.<




Masa untuk pulang ke kediaman masing masing. Ibu terchenta dah pun menelefon anakanda tersayang nie suruh pulang hihi (; 

Salam ukhwah fillah  ^^