Sungguh, dinginnya angin malam itu amat meresahkan jiwa. Tapak tangan kelihatan pucat.Terasa mahu sahaja dibungkus seluruh tubuh ini. Sesekali menggigil, dek dihembus bayu dingin dari pergunungan itu. Oh, sejuknya!
Kem kepimpinan itu agak menduga kesabaran. Suara penceramah pula kadangkala bagai ada dan tiada di pendengaran. Saya hilang fokus menahan sejuk. Sungguhpun tubuh dibaluti baju yang cukup tebal, namun masih tidak mampu menghilangkan kesejukan yang bersisa.
“Awak yang pakai baju hijau lumut tu, bangun.”
Saya tersentak. Mencari-cari siapakah yang manusia ‘bertuah’ yang terkena ‘tembakan’ penceramah itu.
“Awak yang pakai baju NIKE tu la.” Katanya lagi.
Saya memandang baju sendiri. NIKE? Aku kah?
Saya memandang beliau sambil menuding jari kearah diri sendiri. Buat-buat bertanya tanpa bahasa adakah sayalah mangsanya.
“Ya, kamu.” Beliau mengangguk.
Semua mata sudah menghala kearah saya. Ok, nampaknya saya perlu bangun sekarang.
“Hari tu saya nampak awak keluar berdua-duaan, dengan lelaki sekolah kamu jugak dekat Pekan Sungai Buloh,” katanya lagi.
Terbeliak mata saya. Terpempan seketika. Riak wajah saya bertukar.
Riak wajah semua yang mendengar ‘tuduhan’ itu juga sudah mempamerkan kecurigaan terhadap saya. Pandangan mereka penuh rasa ‘terkejut’ lagaknya.
Ini satu tuduhan!
“Mana ada.” Saya cuba mempertahankan. Mana tidaknya. Ini soal maruah saya. Dimalukan dihadapan senior-senior dan junior-junior saya, lebih-lebih lagi tentang sesuatu yang tiada lansung kebenarannya.
Oh, saya tidak rela maruah saya dipermainkan!
Pantang sungguh saya.
“Awak tak payah nak tipu lah, awak jangan ingat saya tak kenal awak.”
Hati saya menjerit, ‘What is this?!!’
Memang, saya sangat mengenali penceramah ini. Keluarganya juga saya kenal. Keluarga saya juga beliau kenal. Sama ada beliau mengenali saya, saya tidak pula pasti.
Mereka yang terduduk di bawah khemah itu pun mampu melihat kekalutan saya yang diselimuti ketidakpuasan hati tika itu.
“Mana ada.” Saya menggeleng kepala. Kali ini suara saya agak keras.
“Ok, kalau betul awak tak bersalah, saya nak awak pandang pelajar lelaki.”
Ha? Apakah ini?
Saya menundukkan pandangan.
Saya menarik nafas menahan bengang. Sungguh, saya tidak faham apa yang beliau cuba lakukan. Semua mata masih tertumpu kearah saya. Memandang dengan penuh tanda tanya. Ternanti-nanti apakah tindakan saya.
“Kenapa awak tak nak pandang mereka?” tanyanya lagi.
Saya memandang penceramah itu tanpa berbicara apa-apa. Sabar. Saya mengutip sejuta kekuatan. Untuk memandang kaum adam yang terdiri dari senior dan junior saya dalam keadaan memalukan sebegitu amat-amat mencabar saya. Saya menelan liur.
Lalu saya pandang mereka. Dari yang dibarisan hadapan hinggalah barisan yang terakhir.
Tidak lama, sekadar mempamerkan wajah bahawa saya tidak bersalah!
Kemudian, saya memandang semula penceramah itu.
“Baiklah, awak boleh duduk.” katanya.
Saya duduk bersila ditempat asal. Penceramah itu meneruskan ceramahnya tanpa mengulas apa-apa pun akan tuduhannya ke atas saya sebelum itu. Saya cuma diam mendengar.
Saya masih tidak puas hati sebenarnya. Saya mahukan penjelasan.
Di akhir ceramahnya, beliau bertanya kepada peserta lelaki kem itu.
“Awak rasa kenapa saya suruh dia pandang kamu?”
Tiada siapa pun yang menjawab soalan itu. Rata-rata hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.
“Sebab saya nak lihat bagaimana dia mempertahankan diri dia. Dia berani pandang ,
maknanya dia tidak bersalah lah. She is innocent!”
‘What? Aku jadi mangsa uji kaji rupanya. Sabar je lah..’
Apapun, alhamdulillah. Akhirnya kebenaran terserlah. Walaupun peristiwa itu sekadar eksperimen, sehingga hari saya tidak mampu melupakan perasaan dimalukan sebegitu. Perasaan berdebar-debar dan memberontak untuk mempertahankan sebuah maruah saya sebagai wanita muslimah.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Kisah tue mengajar aya ttg sesuatu. Belajar peka pada MARUAH.
Apepun yg berlaku, jika salah itu bukan salah kita, buanglah rasa malu dan berusaha utk mempertahankan diri kita. Lebih lebih lg bila ia berkaitan dgn soal maruah.
Maruah tue ttg harga diri, kepercayaan dan keyakinan orang terhadap kita juga diri kita sendiri.
Pertahankanlah diri kita dari apa-apa yang bertentangan dengan prinsip hidup kita. Pertahankanlah diri kita dari apa-apa yang merosakkan pegangan syariat kita. Bukan sekadar mahu dipandang baik dipandangan manusia, tapi jga pandangan Pencipta manusia terutamanya. Kerana memlihara syariat agama-Nya, kita bakal mulia. InsyaALLAH.
"Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah kerana ISLAM. Maka ketika mana kami memilih selain daripada ISLAM, maka Allah akan menjadikan kami hina."
[Umar Al-Khattab]