JellyPages.com

Sunday, February 12, 2012

full house !

Assalamualaikum..


Hari ini ramai sungguh orang di masjid, 
sungguh pelik ku rasa. ku lihat semua orang kampung berada di masjid.
 Din Misai, Zainal Rimau, Draman Panjang, semua ada kat masjid.
sekali lagi rasa hairan ku bertambah.
bukankah ni waktu solat subuh?
 tak pernah-pernah masjid tua ni dipenuhi orang ramai di waktu subuh.
 kalau solat jumaat tu, tahulah aku. 
ni waktu subuh pun penuh! 
FULL HOUSE !
Apa dah jadi nih!




Aku cuba masuk dalam masjid tua itu melalui pintu utama.
 Berasak-asak orang kampung di situ.
 aku beralih ke pintuu kecil di tepi masjid, jua berasak-rasak di situ
. tiba-tiba aku melihat beberapa orang anggota polis mengawal pintu kecil itu!
 uish.. apa dah jadi ni? 
tak pernah aku lihat pintu masjid dikawal polis. dekat mekah pernah la aku tengok!
 apa dah jadi nih? 
sampai waktu subuh pun berasak-asak nak masuk.
 waktu subuh semalam tak ada pulak macam ni. 
bahkan makmum yang mari lambat pun 
masih sempat bertahyat akhir dengan imam 
dan masih lagi dapat sof pertama.. 
apa dah jadi nih?




aku meninjau-ninjau kelompak yang berebut-rebut tersebut
. tiba-tiba ternampak kelibat yang aku kenali, 
Ahmad Bustaman kawan sekolah ku dulu. 
dia makmum yang setia kat masjid nih. 
dia selalu menghadiri solat jemaah 5 waktu kat di masjid ni.
nampaknya dia pun menghadapi masalah yang sama seperti aku.
lalu aku mencuit bahunya dan dia berpaling
.aku bertanya "Mat, apa cerita ni?"
Ahmad Bustaman menggeleng kepala sambil berkata 
"aku tak tahu. pelik sungguh solat subuh pagi ni! 
ramai sangat orang kampung! 
tua muda, kecil besar, lelaki perempuan,
 semua datang. aku tak faham la. 
kalau macam ni, kul 3.30 pagi tadi
 dah kena keluar untuk solat subuh ni!"


wah detik hatiku. 
nak solat subuh kena datang 2 jam lebih awal! 
uish,, uish..




tak lama kemudian, terdengar suara bilal melaungkan iqamah. 
dan selepas beberapa ketika, masalah berhimpit-himpit pun selesai
. semua pun dapat masuk dalam sof
 sama ada dalam masjid ataupun di sebelah luar masjid, 
dan tempatku untuk subuh kali ini,
dipenjuru sof yang terakhir, di sebelah ahmad bustaman
 berhampiran selipar-selipar jemaah masjid.
 nak buat macamana. 
dah semua berebut-rebut. 
dan suatu lagi yang pelik pada solat subuh hari ni
 sejadah di pasang sampai ke sof terakhir. 
biasa satu sof depan je.

aku membetulkan sof 
sambil menunggu imam mengangkat takbiratul ihram. 
tak lama kemudian, bunyi riuh rendah kat depan.
 aku bertanya orang di saf depan. orang di depanku menggeleng kepala.. 
erm, ku tetap menunggu imam memulakan solat subuh.
. tak lama kemudian tersebar berita 
rupanya Zainal Rimau bertelagah dengan tuan imam. 
Zainal Rimau nak jadi imam solat subuh hari ni.
 pelik sungguh!
 bila pulak Zainal Rimau begitu teruja dalam bab-bab solat ni.
 kalau dulu-dulu solat jumaat pun tak pernah lihat kelibat Zainal Rimau ni.
. akhirnya dengan campur tangan anggota polis,
 tugas tuan imam diserahkan kepada imam 1 masjid
 iaitu tok khatib malik.


kemudian terdengar imam melaungkan takbiratul ihram,
 dan masjid pun bergema dengan suara jemaah subuh kali ini.


selesai solat, 
semua jemaah menyelak sejadah 
dan mengambil sesuatu di bawah sejadah.
 dan aku pun menyelak sejadah ku.
 oh.. ada duit rupanya! 
di bawah sejadah ku hanya terdapat syiling dua puluh sen
ahmad bustaman pun mendapat syiling dua puluh sen jugak. 
ku jenguk makmum yang berada di saf hadapan ku.
di tangannya terdapat syiling 50 sen. 
katanya makin depan sof, makin tinggi nilai duit di bawah sejadah
dan semua beredar.
 semasa sampai kat pintu pagar, 
aku terdengar orang berkata
 rupanya zainal Rimau bergaduh nak jadi imam 
sebab duit di bawah sejadah imam ada rm1000 ringgit
manakala di bawah tikar sejadah sof yang paling depan 
ada rm500 ringgit untuk setiap orang di sof tersebut. 
oh! sekarang baru ku tahu kenapa subuh kali ini pelik sangat!
 tu yang orang gila-gila datang masjid subuh ni. 
ada duit bawah tikar sejadah!




sedang aku berjalan keluar dari masjid
 tiba-tiba terdengar suara ayah sayup-sayup memangil aku. 
"Man! Man! Bangun! 
dah nak subuh ni. Bilal Din dah baca Tarahim dah tu!"


la.. aku bermimpi rupanya! 
oh! alangkah indahnya kalau mimpiku benar-benar menjadi kenyataan!
 eh! aku kena cepat bersiap nak pegi solat subuh ni!
 aku taknak dapat 20 sen je! 
aku nak dapat paling tidak rm500.


 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


waah ~ best kan kalau betol betol jadi ? 
aya pun nak solat berjemaah kat musolla lah (:
betapa besarnya pahala percuma yg Allah beri .


nilai pahala andai boleh digambarkan seperti duit mungkin ramai yg akan solat berjemaah di surau atau masjid..
tapi yg pasti pahala yg Allah berikan kpd mereka yg jemaah di masjid atau surau lebih tinggi nilainya dr nilai ringgit




Wallahu Alam (: