Aku di sini masih meniti hari-hari hidup yang sedang aku jalani. Perjalanan hidup ini sangat panjang, banyak perkara yang aku yang tak tahu dan aku perlu tahu untuk meneruskan perjuangan kehidupan di dunia bagi mengejar kehidupan di akhirat.
Kehidupan di dunia sangat indah jika dihiasi dengan perjalanan hidup yang cukup cantik. Bermula dari aku kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah aku menjadi diri aku yang sekarang. Pelbagai cabaran dan dugaan yang sudah aku alami dan tanpa aku sedari sedikit sebanyak telah memberikan seribu makna dan pengajaran pada diri aku supaya aku lebih mengerti apa itu maksud kehidupan yang sebenar.
Mak. Ayah. Keluarga. Di sinilah bermula kehidupan aku sebagai seorang manusia. Tanpa mereka siapalah aku. Sembilan bulan aku berada di dalam kandungan mak. Sembilan belas tahun ayah tidak pernah jemu mendidik dan mengajar aku supaya menjadi anak yang solehah yang taat pada perintah Allah, mak dan ayah. Adik-adik yang aku dikasihi penghibur hidup aku walaupun kadang-kadang memerlukan kesabaran yang tinggi melayan telatah mereka tapi itulah yang aku rindu.
Sahabat. Kawan. Teman. Pengalaman bersama mereka memang sukar untuk aku lupakan samada yang manis mahupun pengalaman yang pahit tapi itu semua menjadi kenangan yang manis bagi aku kerana tanpa disedari merekalah banyak mengajar aku apa itu erti sebuah persahabatan. Setiap pertemuan dan perpisahan itu sangat indah jika semuanya kerana Allah. Ukhwah fillah abadan abada.
Guru. Cikgu. Pendidik. Menuntut ilmu sangatlah dituntut oleh Islam. Oleh itu, aku masih menuntut ilmu pada guru-guru secara formal mahupun tidak. Cikgu-cikgu di sekolah yang bakal aku rindui dengan ilmu, bebelan, leteran serta teguran mereka sebagai tanda kasih dan sayangnya mereka pada kita. Tanpa guru, cikgu, pendidik ini siapalah aku yang sekarang. Terima kasih cikgu.
Walaubagaimanapun aku mesti tetap akan meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup aku dengan melalui liku-liku dalam kehidupan. Semoga aku terus kuat dan tabah menjalani kehidupan yang sebenar dan lebih mencabar. Insha Allah. Doakan aku.