JellyPages.com

Saturday, February 9, 2013

BUSY + SIBUK

Assalamualaikum wbt (:

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini. Moga kita terus istiqamah kepadaNya. Setelah sebulan belajar untuk semester 2 nie, Masha Allah hati ku hampir putus asa. Rasa macam tak kuat, tak boleh nak teruskan. Sejujurnya memang tersangatlah sibuk mengalahkan PM *yeke* okay mengalahkan menteri besar. Semalam baru saya dapat tahu, rupanya ada sahabat yang meninggalkan alam persekolahan sebab tak mampu untuk teruskan perjuangan di sini. Kalau ikutkan hati memang nak ikut mereka tetapi Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Jadi dengan sokongan dan dorongan mak ayah, kawan kawan, cikgu dan orang orang yang tersayang. Maka saya meneruskan perjuangan saya di petra. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar. Ilmu Allah itu luas, mana mana pun boleh belajar. Kawan, mungkin tempat awak bukan di sini. Semoga awak terus kuat untuk hadapi cabaran di masa hadapan (: Doakan saya jugak..

Awal februari nie, saya and the geng exco petra (putera & puteri) bergabung tenaga bagi menjayakan program orientasi untuk adik adik tingkatan 1 & 4. Termasuklah adik den pun kena orientasi sekali haha *gelak jahat*  Masa handle program nie teringat zaman kat bts dulu, menghandle orientasi aspuri. hehe serius, rindu sangat! (': Slot yang saya kena kendalikan sama mcm kat bts jugak hihi MUHASABAH DIRI. Saya bergabung otak dan tenaga bersama exco ibadah, kak Long *mcm bts jugak* Teringat kat RASYIDAH LIYANA (ketua badar saya) ^^. Untuk slot nie sahaja mengambil masa seminggu dua nak fikir. Dan terpaksa menghilangkan diri semasa slot orang lain demi menyiapkan slot kami. hehe sampai adik adik nie pun perasan kami tade. haish nampak tak kat situ, stalk akak ea (; Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, terasa sedih pulak bila program dah habis *touched* hee penat tue memang tak dapat dinafikan, sampai tak cukup tidur dibuatnya. tetapi aya dapat belajar benda baru & pengalaman baru !

Semalam berakhirlah slot kedua untuk bengkel membina blog. Alhamdulillah, terima kasih kepada awak dan awak yang sudi membantu saya untuk cari pemudahcara bengkel. Syukran. Maaflah yer menyusahkan (; Terima kasih juga kepada kawan kawan yang berusaha  bagi menjayakan bengkel ini. hee thanks to abang mut and abang fatturahman yang memberi ilmu baru kepada kami. Habislah sekarang nie satu kelas dah ada blog, berblogging lah pulak lepas nie nampaknya :D Makin rajinlah saya nak stalk korang #opss haha 

sekarang saya baru nak cuti, kawan kawan matrik dah nak balik dah huhu tak seronok macam nie. tapelah ada masa kita hang yer kawan (':  Masa cuti nie stpm candidate kena balun habis habisan lah, siapkan kerja projek!! SEMAGAT :D


Wassalam (: