Asssalamualaikum wbt (:
Tahun 2012 dah sampai penghujung, banyak perkara yang aya belajar sepanjang tahun ini. Mcm mcm benda yang berlaku pada aya. Dan semua itu banyak mengajar aya lebih kenal kehidupan yang sebenarnya baru bermula (': pengalaman yang benar benar memberi aya kesedaran dan keinsafan. Ya Allah betapa hati ini rasa bersyukur padaMu kerana aku masih diberi peluang untuk aku berubah dan terus perbaiki diri ini.
Seseorang yang telah membawa aya keluar dan tunjuk realiti kehidupan yang sebenar, sungguh dia banyak mengubah aya. Atas nasihat dan teguran bimbingan cara dia menyuarakan pendapat dan membuat aya dapat belajar daripada hujah hujahnya. Pelbagai perkongsian yang di utarakan yang sedikit sebanyak mendidik jiwa kita sendiri. Masha Allah.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aya melepaskan rindu pada mak ayah adik adik. Insha Allah akan aya manfaatkan masa yang bersisa ini dengan sebaiknya. Peluang yang ada cuma akan datang sekali, jadi manfaatlah seeloknya peluang yang ada (': Cuti kali ini banyak yang aya pelajari dari pelbagai sudut. Moga dengan belajar dari pengalaman boleh lebih mematangkan aya hee.
Sejujurnya walaupun diberi masa sebulan lebih untuk berehat & menghabiskan masa bersama yang tersayang, masih belum puas untuk menikmatinya. Benarlah, manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Dalam hidup ini kita perlu untuk menghargai apa yang sudah ada depan mata.
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu .Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku. tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik."
Ameen Insha Allah (:
Pray for me..