JellyPages.com

Tuesday, May 15, 2012

Doktor Aleya

     Assalamualaikum w.b.t (:  Rindunyaa, hanya Allah yang tahu betapa hati ini rindu pada kawan kawan (':
heheww kayy aya nak story nie. Dulu kan time kecik kecik selalu berangan nak jadi doktor. Main doktor doktor lahh HAHA serius kelakar jee bila ingat balik, kejap jadi doktor kejap jadi pesakit (; Memang tekad ahh nanti bila besar nak jadi doktor. Tetapi dengan takdir Allah, satu peristiwa telah berlaku yang membuatkan aya fobia nak jadi doktor. Terus terkubur cita cita utk merawat orang. Peristiwa 7 tahun lepas masih segar dalam ingatan. Lalu aya simpan cita cita baru, nak kahwin dengan doktor. ehh ? aya bukan nak story pasal nie. *mengelamun jap :P

     Actually, Dr.Aya nak cerita pasal tips yang ada dalam KLINIK JIWA. Sebagai doktor saya perlu memikul tanggugjawab nie. *aya dah start merepek. Dalam episod yang lepas kan Dr.Aya dah bagi tahu simptom penyakit jiwa, punca jiwa kosong serta ubat jiwa dan cara penggunaanya. Ingat lagi tak? -.- Haish tape lahh, nanty awak baca balik yer. Hari nie saya nak kongsikan bagaimana cara bagi mengekalkan kesihatan jiwa. Tak nak tahu sudah, ade saya peduli? Tak kira ! Kena ambil tahu jugak >.<


CARA MENGEKALKAN 
KESIHATAN JIWA

1. Usah tergesa:
Sesuatu tindakan perlu difikirkan
sebab dan akibat. Jangan tergesa dalam
bertindak. Dahulukan kehendak agama.

2. Jauhi hasad:
Perasaan hasad meruntuhkan bangunan
amal yang sudah dibina. Ia sebenarnya
memakan diri sendiri, bukannya orang yang
dihasadkan. Jiwanya sentiasa tidak tenang kerana
memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain.

3. Tawaduk:
Orang sombong terlupa ada yang
lebih tinggi dan hebat berbanding 
mereka. Hakikatnya sombong memperkecil
dan merendahkan diri sendiri pada pandangan 
Allah dan manusia lain.

4. Berhenti berangan-angan yang
panjang:
Berangan-angan umur masih panjang
dan masa masih banyak untuk membuat
bekal amalan? Hentika berangan-angan yang
tak sudah. Menunda-nunda perbuatan yang
baik atau tidak gerun pada azab melakukan
dosa kerana merasakan masa masih panjang
merugikan diri sendiri. Jom segera beramal !

5. Isi sebelum kosong:
Sememangnya mengekalkan
kesihatan jiwa tidak semudah merawat jiwa.
Untuk mengelakkan jiwa kembali sakit, isilah
jiwa dengan keperluan fitrahnya. Teruskan
berdoa dan teruskan juga membaca al-Quran dan
turut bersama dalam majlis ilmu. Semoga jiwa
kita cenderung terisi dengan kebaikan, lantas 
dijauhkan daripada jiwa yang kosong, sakit dan
melarat. Allahumma amin (: