Assalamualaikum,
Minggu ini,
bertimpa-timpa
aku menerima panggilan dari teman.
Teman jauh, mahu
teman dekat.
Mukadimahnya
esak tangis.
Puncanya
pelbagai.
Lama aku diam.
Cuba menangkap
gelora hati,
membaca gejolak
jiwa.
Namun yang
terzahir hanya alunan sedu-sedan.
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti
Hawa itu kadang keliru.
Mahu terus
membisu, bimbang disalahtafsir.
Mahu berlaku
jujur, terpalit segan.
Mahu menutur
kata, bimbang hati dicemari.
Hawa itu kadang
cemburu.
Melihat yang
lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang
buntu.
Mahu
diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.
Itu kisah Hawa.
Mungkin kisah
itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam,
tapi jika dia
Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.
Aneh bukan?
Ya, kerna Hawa
itu sifatnya aneh.
Lalu, harus
bagaimakah?
Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa. Hatinya sangat rapuh.
Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah saja berkaca.
Kata mereka itu tanda lemah. Tapi bagi aku itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati,
tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati.
Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan.
Tidak sama sekali!
Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.
Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti,
kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu.
Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya.
Hati yang punya sarat perasaan.
Perasaan yang kadang menjerat dirinya
dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam,
dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.
Berhentilah.
Supaya mereka tidak kepenatan
berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.
Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya.
Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu.
Moga Hawa itu terus kuat!
Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.
bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.